Jus Mangga Yoghurt Kekinian



Dua tiga hari ini, saya mengalami masalah pencernaan & buasir, doktor menyarankan saya untuk selalu mengambil sayuran, buahan & air putih.

Selain itu, minuman probiotik seperti yakult, yoghurt dan jus tapai ubi kayu juga sangat berkesan.

Disebabkan jus tapai ubi kayu susah untuk dapatkan, saya cuba dengan olahan mangga kerana sekarang musim manggakan.

Cara membuatnya cukup senang dan hanya menyesuaikan bahan yang ada dalam peti sejuk.

Rasa segar semulajadi dari buah Mangga dan masam manis dari bella yogurt

Khas buat ibu-ibu di luar sana, cepat dan berkesan sambil bermain dengan anak-anak jer, tengok-tengok dah siap.


Bahan-bahan
-1biji buah Mangga ukuran sederhana
-3 sudu madu murni
-1 botol yoghurt rasa mangga
-200 ml air putih
-Ais batu Secukupnya

Langkah
-Kupas mangga, separuh dihiris dadu sebagai hiasan atas.
-Separuh lagi dimasukkan dalam blender.
-masukkan madu dan air.
-Blender hingga halus.
-Siapkan gelas, masukkan ais batu, tuang jus mangga dalam gelas hingga ¾ isi.
-Masukkan yoghurt.
-Masukkan dadu manggu sebagai hiasan terakhir.
-Siap untuk dinikmati. URMM...




Comments